Tutorial Gambar Biasa Kepada 3R

1. Buka gambar yang anda suka.

2. Kemudian double klik pada layer Background, namakan layer tersebut atau biarkan sahaja dengan nama Layer 0.


3. Pada Layer 0 tadi, tekan jangan lepas kekunci Shift dan buat pengecilan pada gambar. Klik jangan lepas pada penjuru dan drag mengikut arah anak panah.


4. Buat satu layer baru. Letakkan ia di bahagian bawah Layer 0.


5. Pastikan anda berada pada Layer 1 yang baru anda buat tadi. Gunakan Rectangular Marquee Tool, buatkan satu petak yang besar sedikit dari gambar.



6. Gunakan Paint Bucket Tool untuk mewarna bahagian dalam petak tadi. Pastikan Foreground Colour warna putih. (wana lain pun boleh)



7. Pilih Layer 0, Right Klik dan pilih Merge Down. Siap.



8. Anda boleh menambah bayang atau apa juga elemen lain yang anda rasakan sesuai.

Tinggalkan sebuah Komentar